PUSAT KRAF ORANG ASLI


Pusat Kraf Orang Asli  merupakan pusat setempat bagi aktiviti kraftangan Orang Asli Mah Meri. Selain keunikan seni ukiran kayu, suku kaum Mah Meri juga mempunyai adat resam dan kebudayaan tersendiri seperti tarian Jo’oh dan topeng.

Pusat Kraf ini dibina oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 2007 di bawah program Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Pembinaan pusat ini bertujuan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil kraftangan disamping membantu para pengusaha kraf terutama penduduk setempat menjana ekonomi serta memulihara kesenian dan kebudayaan agar terus diwarisi.

Pusat Kraf diuruskan oleh Koperasi Asli Selangor Berhad dan di buka kepada pengunjung untuk melihat secara dekat penghasilan produk kraf dan juga kesenian kebudayaan serta gaya hidup masyarakat Orang Asli terutama dari suku kaum Mah Meri.

Antara aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti demostrasi kraf ukiran dan anyaman, menyumpit, pakej tarian jooh, pakej perkahwinan tradisi, penginapan rumah tradisi serta jualan produk kraftangan dan herba.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di talian 0193999676 dan email bumbunkraf@gmail.com atau terus whatsapp terus https://wa.me/60193999676