LATAR BELAKANG

SEJARAH

PULAU CAREY & SUNGAI BUMBUN

Menelusuri sejarah Pulau Carey dan perkembangan Kampung Orang Asli Sungai Bumbun.

Sejarah & Warisan

Pulau Carey

Sebuah kawasan yang mempunyai sejarah panjang dan menjadi tempat kehidupan masyarakat Orang Asli.

Peta Pulau Carey

Pulau Carey terletak di daerah Kuala Langat, negeri Selangor. Pulau ini dikenali sebagai Teluk Gonjeng pada masa dahulu sebelum ditukar ke Pulau Carey bersempena nama Edward Valentine John Carey, seorang pegawai ladang British di Malaya.

Kawasan Pulau Carey adalah kawasan perladangan getah sekitar tahun 1905 di bawah pengurusan Jugra Land dan Carey Ltd Rubber.

Kini, ladang kelapa sawit merupakan pertanian utama di kawasan ini di bawah pengurusan Golden Hope sebelum ditukar kepada Sime Darby dan kini dikenali sebagai SD Guthrie.

Pulau Carey dipisahkan oleh Sungai Langat dari tanah besar dan dihubungkan dengan sebuah jambatan yang dibina pada tahun 1985. Sebelum ini feri digunakan untuk menghubungkan penduduk dengan tanah besar.

Perjalanan Masa

Jejak Sejarah Pulau Carey

Dahulu

Teluk Gonjeng

Pulau Carey dikenali sebagai Teluk Gonjeng pada masa dahulu.

1905

Perladangan Getah

Kawasan Pulau Carey menjadi kawasan perladangan getah di bawah pengurusan Jugra Land dan Carey Ltd Rubber.

1985

Jambatan Pulau Carey

Sebuah jambatan dibina untuk menghubungkan Pulau Carey dengan tanah besar.

Kini

Kelapa Sawit

Kelapa sawit menjadi pertanian utama di kawasan Pulau Carey.

Kampung Orang Asli

Sungai Bumbun

Sejarah pembentukan dan perkembangan Kampung Orang Asli Sungai Bumbun.

Kampung Orang Asli Sungai Bumbun

Kampung ini dibangunkan secara tersusun sekitar tahun 1970-an apabila pihak kerajaan menyediakan bantuan rumah kepada penduduk yang sebelum ini tinggal secara tidak setempat.

Mereka tinggal di Sungai Mata dan Sungai Sialang sebelum digabungkan menjadi Kampung Sungai Bumbun kerana kedudukan penempatan tersebut berdekatan.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan sungai paya bakau kerana memudahkan aktiviti harian mereka.

575 Anggaran Penduduk
180 Isi Rumah
1970-an Penempatan Tersusun
Pengurusan Kampung

Pentadbiran & Adat

Pengurusan kampung melibatkan pentadbiran pembangunan serta pemeliharaan adat resam masyarakat.

🏡

JPKKOA

Pentadbiran kampung diuruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) yang dilantik secara undian oleh penduduk kampung untuk tempoh dua tahun di bawah pemantauan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

🌿

Tok Batin

Jawatankuasa Adat Kampung diketuai oleh Tok Batin sebagai ketua kampung yang menjaga pengurusan berkaitan adat resam seperti perkahwinan, penceraian, kematian, perayaan dan harta pusaka.

Tok Batin juga berperanan sebagai penasihat kepada JPKKOA yang dilantik.

“Warisan sejarah Sungai Bumbun menjadi sebahagian daripada identiti dan kehidupan masyarakat Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey.”

Toggle Dark Mode