Orang Asli
Kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut:
- mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu;
- mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli; atau
- anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.
Terdapat 18 suku kaum Orang Asli dan terbahagi kepada 3 kumpulan dan juga setiap kumpulan mempunyai 6 suku kaum iaitu:-
- Negrito
- Senoi
- Melayu Proto
Kaum Negrito
- Kintak
- Lanoh
- Jahai
- Mendriq
- Bateq
Kaum Senoi
- Che Wong
- Mahmeri
- Jahut
- Semoq Beri
- Semai
- Temiar
Kaum Melayu Proto
- Orang Kuala
- Kanaq
- Seletar
- Jakun
- Semelai
- Temuan