PERAYAAN

PERAYAAN

Suku kaum Mah Meri mempunya perayaan  tersendiri dan berbeza bagi setiap kampung, kepercayaan dan upacara hampir sama bagi meraikan perayaan tersebut.

PUJA PANTAI

Masyarakat Mah Meri akan mengambil satu hari dalam setahun untuk mengadakan hari pemujaan khas untuk “moyang laut” atau dipanggil “puja pantai”. Upacara ini dibuat secara besar-besaran oleh penduduk kampung yang diketuai oleh bomoh.Mereka akan berarak dari kampung hingga ke tepi laut dengan iringan paluan muzik tradisional. Dalam upacara ini juga persembahan makanan kepada moyang akan dilakukan. Mereka percaya upacara ini dijalankan untuk memohon restu moyang supaya mereka mendapat hasil tangkapan laut yang banyak,juga memohon agar keselamatan mereka tidak diancam.

HARI MOYANG

Sambutan ini disambut sempena memperingati nenek moyang dan juga memohon kesejahteraan kepada penduduk dan tempat tinggal. Upacara ini diadakan pada sebelah pagi pada hari perayaan tersebut menadakan bermulanya hari moyang. Bagi Kampung Orang Asli Sungai Bumbun terdapat 3 buah rumah moyang sebagai tempat upacara tersebut iaitu Moyang Kateq, Moyang Gadeng dan Moyang Amai yang diketua ketua yang seseorang telah diamanahkan. Pada sambutan ini juga pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian jooh dari Kumpulan Kebudayaan Jo’oh dan topeng.