Kenali Orang Asli Malaysia
Orang Asli merupakan komuniti asal yang mempunyai kepelbagaian budaya, adat, bahasa dan warisan yang unik. Terdapat 18 suku kaum Orang Asli yang terbahagi kepada tiga kumpulan utama.
Definisi Orang Asli
Seksyen 3, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)
Siapakah Orang Asli?
Takrifan berdasarkan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)
Kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) menjelaskan dengan terperinci mengenai pengertian dan kelayakan untuk ditakrifkan sebagai komuniti Orang Asli.
Bapanya Orang Asli
Mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli serta adat dan kepercayaan Orang Asli.
Anak Angkat Orang Asli
Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan mengikut cara hidup serta adat kepercayaan Orang Asli.
Ibunya Orang Asli
Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu suku kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli serta masih menjadi ahli masyarakat Orang Asli.
Kuasa Menteri
Apa-apa soalan sama ada mana-mana orang ialah orang asli atau bukan orang asli hendaklah diputuskan oleh Menteri.
18 Suku Kaum Orang Asli
Terbahagi kepada 3 kumpulan utama, setiap kumpulan mempunyai 6 suku kaum.
Kaum Negrito
6 suku kaum
Kintak
Lanoh
Jahai
Mendriq
Bateq
Kensiu
Kaum Senoi
6 suku kaum
Che Wong
Mahmeri
Jahut
Semoq Beri
Semai
Temiar
Kaum Melayu Proto
6 suku kaum
