Adiguru Kraf
Warisan kemahiran dan kesenian kraftangan masyarakat Sungai Bumbun terus dipelihara melalui pengiktirafan tokoh-tokoh kraf yang mempunyai kepakaran tinggi serta memainkan peranan penting dalam mewariskan ilmu dan kemahiran kepada generasi akan datang.
Pengiktirafan Adiguru Kraf
Pengiktirafan Adiguru Kraf mula dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 1987. Ia bertujuan untuk memulih serta memelihara kemahiran dan kesenian kraftangan tempatan ke arah kelestarian industri kraf negara.
Adiguru Kraf merupakan pengusaha kraf yang mempunyai tahap kepakaran tinggi dalam bidang penciptaan dan ketukangan produk kraf yang mempunyai identiti tempatan. Mereka juga berperanan sebagai pewaris ilmu dan kemahiran kepada generasi pelapis.
Mendiang Pion Anak Bumbong
Bidang Kraf
Aneka Kraf
Adiguru
Adiguru Kraf Ukiran Topeng / Patung
Tarikh Lahir
1967 – 10 Mei 2014
Lantikan Pertama
2006
A. Samri a/l Abdul Rahman
Bidang Kraf
Hasil Rimba
Adiguru
Ukiran Patung Mah Meri
Tarikh Lahir
27 Ogos 1975
Lantikan Pertama
2021
Maznah anak Unyan
Bidang Kraf
Hasil Rimba
Adiguru
Anyaman Mah Meri
Tarikh Lahir
8 Mac 1968
Lantikan Pertama
2023
Tokoh Orang Hidup
Maznah anak Unyan juga diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup pada tahun 2015 kerana aktif dalam anyaman dan juga tarian tradisional Mah Meri.
